Saturday, June 13, 2009

STPM GEO1 [SISTEM BUMI]

SISTEM BUMI

1.1KONSEP SISTEM

-Sistem bermaksud 1 set himpunan angkubah.

-Angkubah-angkubah ini berkait antara 1 sama lain dan mampu bertindak bersama-

Sama.

-Mempunyai sempadan yang jelas dan boleh dibezakan dengan sistem lain.

-Secara umum boleh dibezakan kepada 3:

A)SISTEM TERPENCIL

-Tiada interaksi antara ankubah dan alam sekitar.

-Tidak membenarkan pertukaran bahan dan tenaga.

-cth: Tabung uji.

B)SISTEM TERTUTUP

-Sempadan menghalang pertukaran bahan.

-Membenarkan pertukaran tenaga.

-Mengalami degradasi tenaga mengikut masa.

-cth: cahaya matahari.

C)SISTEM TERBUKA

-Membenarkan pertukaran bahan dan tenaga.

-Bertujuan utk membekalkan dan memelihara sistem supaya terus wujud dan tidak

luput mengikut masa.

-Bergerak dan beroperasi hingga ketahap stabil dan menyebabkan input dan output bagi

tenaga dan bahan adalah sama banyak.

-cth: sungai.

-Ahli-ahli geografi juga memisahkan sistem kepada 3:

A)SISTEM MORFOLOGI (BERSTRUKTUR)

-Terdiri dpa ciri-ciri fizikal formal yg bergabung membentuk 1 bhg fizikal yg

beroperasi dan saling berinteraksi.

-Perubahan pd 1 unit turut mengubah unsur-unsur lain bagi mencapai keseimbangan

baru.

-cth: morfologi bagi unit sistem pantai adalah taburan bijiran pasir, cerun pantai, arus

dan sebagainya.

B)SISTEM BERFUNGSI(LATA)

-Bersifat sehala.

-Merujuk kpd rangkaian subsistem yg mengandungi input, storan dan output bagi bahan dan

tenaga.

-Output bahan dan tenaga 1 subsistem menjadi input kpd subsistem lain.

-cth: sistem atmosfera (kerpasan) menjadi input kpd sistem geomorfologi apabila air hujan memasuki sg ,tasik dan sebagainya.

C)SISTEM INTERAKTIF

-Kombinasi sistem morfologi dan sistem lata yg tidak blh dipisahkan.

-cth: banjir (hidrologi), tanjung-teluk(pantai).

1.2 SISTEM SURIA

-Terdpt ribuan juta galaksi dalam alam semesta.

-Salah satunya ialah bima sakti yang mengandungi ribuan bintang.

-Salah satu bintang adalah matahari.

-Sistem suria terdiri daripada 9 buah planet serta jasad lain seperti asteroid dan meteor.

-Matahari mengawal kedudukan semua jasad melalui tarikan graritinya.

-Kesemua jasad mengelilingi matahari mengikut orbit berbentuk bujur atau elips.

1.3 KEDUDUKAN BUMI DLM SISTEM SURIA

-Bumi adalah satu planet yang memperoleh tenaga dari matahari.

-Sistem bumi adalah sistem yang dinamik.

-Bumi juga adalah satu-satunya planet yang dihuni manusia, haiwan dan tumbuhan.

-Bumi terletak 149,629 km dari matahari dan mempunyai satelit semula iaitu bulan sejauh

384,629 km dari bumi.

A)BUMI SEBAGAI 1 PLANET BERBENTUK SFERA

-Secara kasar bumi berbentuk sfera.

-Bumi mempunyai jejari dikhatulistiwa sepanjang 6358 km dan dikutubnya sepanjang 6357 km.

-Bumi mempunyai 3 lapisan utama iaitu:

(1)Kerak Bumi

-lapisan diluar sekali.

-lapisan paling nipis.

-batuan jenis granit dan basal.

-ketumpatan batu 2.7 -3

(2)Mantel

-lapisan pertengahan.

-lapisan tidak stabil.

-batuan dlm bentuk pepejal dan cecair.

-batuan jenis granit dan basal.

-ketumpatan 5.5

(3)Teras bumi

-lapisan paling dalam.

-mengandungi nikel dan besi.

B)KECONDONGAN PAKSI BUMI DAN KESANNYA

-Bumi condong 23 ½ dpa satah menegak.

-Kadang-kadang kutub utara condong kearah matahari dan kadang-kadang condong

menjauh dari matahari.

-Kecondongan paksi bumi menyebabkan tempoh siang dan malam berubah apabila

sesuatu semakin jauh dari khatulistiwa.

C)PUTARAN AND PEREDARAN BUMI DAN KESANYA

-Bumi beredar mengelilingi matahari sambil berputar pada paksinya.

(1)PUTARAN

-Bumi berputar dpa barat ke timur pada paksinya yg condong 23 ½ dpa satah tegak.

-Satu putaran mengambil masa 23jam 56minit.

-Menyebabkan kejadian siang dan malam, pasang surut air laut dan pembiasan

angin lazim.

-Bahagian yg menghadap matahari mengalami siang manakala bahagian yg membelangkangi

matahari mengalami malam.

(2)EDARAN

-Bumi mengelilingi matahari dalam arah lawan jam.

-Satu edaran lengkap mengambil masa 365 ¼ hari.

-3jan/perihelion adalah jarak yg plg dekat dgn matahari. (147juta km)

-4 julai/afelion adalah jarak yg plg jauh dgn matahari. (152juta km)

-Menyebabkan kejadian 4 musim, gerhana dan perbezaan ketinggian matahari.

*gerhana bulan*

-bumi berada diantara matahari dan bulan.

-cahaya matahari dihalang bumi menyebabkan bayang-bayang bumi jatuh keatas bulan.

*gerhana matahari*

-bulan berada diantara matahari dan bumi.

1.4 TENAGA

1.4.1 KONSEP TENAGA

(A) -Keupayaan utk menghasilkan sebarang bentuk aktiviti.

-Terdpt dlm pelbagai bentuk sept cahaya,haba,kinetik,kmia,keupayaan,elektrik dan tenaga

pendam.

(B)PERBEZAAN TENAGA EKSOGENIK DAN ENDOGENIK

1.EKSOGENIK

-Berpunca dari luar bumi, khasnya matahari.

-Bumi menerima tenaga haba dlm bentuk bahangan matahari.

-Tenaga haba ini kemudian ditukar kpd bentuk tenaga lain sept tenaga kmia,tenaga kinetik dan

tenaga potensi.

2.ENDOGENIK

-Berpunca dpa dlm bumi, contohnya tenaga graviti dan radiogenik.

-Jumlah tenaga endogenik adlh sangat kecil berbanding tenaga eksogenik.

-Tenaga endogenik penting utk proses-proses tektonik kerak bumi sept gempa bumi,gunung

berapi,lipatan dan sebagainya.

1.4.2 JENIS DAN PUNCA TENAGA

(A) 1.TENAGA KEUPAYAAN

-Tenaga yg tersimpan didlm sesuatu jasad kerana kedudukan dan keadaanya.

-cth: Air yg diperangkapkan di empangan hidro.

2.TENAGA KINETIK

-Berpunca dpa pergerakan sesuatu jasad. Semakin laju,semakin tinggi kuasanya.

3.TENAGA GRAVITI

-Tenaga yg dimiliki bumi utk menarik sesuatu jisim.

-Bergantung kpd saiz dan ketinggian jisim.

4.TENAGA HABA

-Tenaga yg terhasil dpa kepanasan sesuatu benda.

(B)PERBEZAAN PENERIMAAN TENAGA SURIA (VARIASI TENAGA SURIA)

-Jumlah tenaga diterima pd permukaan bumi blh berbeza-beza dari segi ruang dan masa.

-Kawasan khatulistiwa menerima lbh byk tenaga suria berbanding kawasan kutub.

1.KAITANNYA DGN KEJADIAN SIANG DAN MALAM

-Bukan semua tempat di permukaan bumi mengalami siang dan malam yg sama panjang.

-Ini bergantung kpd ketinggian matahari.

-Ini sgt jelas ketika soltis musim sejuk dan soltis musim panas.

-Kawasan yg mengalami waktu siang lbh lama menerima jumlah tenaga yg lbh berbanding

kawasan yg mengalami waktu siang lbh singkat.

2.KAITANNYA DGN KEJADIAN EMPAT MUSIM

-Kejadian musim lbh ketara dan nyata kearah kutub utara dan selatan kerana kawasan ini tidak

menerima pancaran matahari sepanjang tahun.

-Fenomena musim berlainan berlaku apabila bumi mengelilingi matahari kerana jumlah tenaga

diterima adlh berbeza.

1.5 PERANAN TENAGA SURIA

1.5.1 KESAN BAHANGAN SURIA TERHADAP BUMI DAN ATMOSFERA

-Semua fenomena sept angin,awan dan hujan adlh akibat dpa tenaga matahari.

-Air bertukar menjadi wap air apabila bahangan matahari sampai ke bumi.

-Wap air yg tersejat akan membentuk awan dan mengalami proses pemeluwapan yg

menyebabkan kerpasan terhasil dlm bentuk:

(A) KERPASAN

1.HUJAN

-Berlaku proses pemeluwapan dan wap air menjadi titisan air.

-Apabila titisan air menjadi berat ia jatuk ke bumi sebagai hujan.

2.SALJI

-Berlaku apabila pemeluwapan berlaku dibawah takat air beku dan terus membeku menjadi

kepingan salji yg turun ke bumi.

3.HUJAN BATU

-Kerpasan yg turun dlm bentuk pepejal atau ais.

-Apabila ada pergerakan udara ketahap yg tinggi maka titisan air diawan akan membeku dan

turun sebagai hujan batu.

(B)KITARAN AIR

-Kitaran hidrologi biasanya dimulakan dgn proses sejatan permukaan, sejatpeluhan dari

tumbuhan dan kelembaban tanih

-Tenaga haba yg lbh tinggi diperlukan bagi kitaran hidrologi bermula dan Berterusan.

(C)LULUHAWA,HAKISAN DAN PEMENDAPAN

-Tenaga haba matahari diperlukan bagi membolehkan proses-proses ini berlaku.

-Dlm luluhawa fizikal, tenaga haba diperlukan bagi meningkatkan dan menurunkan suhu

mengikut perubahan siang dan malam. Perubahan suhu ini menyebabkan batu tersepai.

-Kes yg sama berlaku diluluhawa kmia. Mengikut Vant hoff luluhawa kimia hanya akan berlaku

pada suhu 10ºc dan meningkat 2/3 kali ganda bagi setiap kenaikan 10ºc.

-Hakisan disebabkan oleh tenaga kinetik yg berasal dari tenaga haba matahari.

-Contohnya kadar hakisan disebabkan glasier tinggi pada musim panas kerana pada masa itu

kuantiti glasier cahaya adlh byk.

1.5.2 PERANAN TENAGA SURIA TERHADAP HIDUPAN DIBUMI

(A)TUMBUH-TUMBUHAN

-Tenaga suria dlm bentuk cahaya digunakan olen tumbuhan hijau utk mensintiskan

makanan melalui proses fotosintesis.

-Cahaya tenaga suria juga penting bagi tumbesaran tumbuhan.

(B)MANUSIA

1.AKTIVITI PERTANIAN

-Tenaga suria yg cukup diperlukan bagi sesuatu tanaman itu tumbuh,membesar,berbunga,berbuah

dan memperoleh hasil.

2.AKTIVITI PERLANCONGAN

-Nilai suhu yg berbeza mempengaruhi aktiviti perlancongan.

-Contohnya diMalaysia, kawasan tanah tinggi seperti Cameron, bkt Fraser dan tanah tinggi

Genting menjadi destinasi perlancongan kerana beriklim sejuk.

3.AKTIVITI PERIKANAN

-Tenaga suria mempengaruhi suhu air dan arus laut.

-Sinaran tenaga suria sederhana pada 20ºc menyebabkan kawasan itu kaya dgn sumber perikanan

kerana habitat sesuai utk ikan membiak, pertumbuhan terumbu karang dan pembiakan plakton yg

merupakan sumber makanan ikan kecil.

4.AKTIVITI PERINDUSTRIAN

-Penting bagi IKS seperti industri pengeringan ikan, industri batik, kraftangan dan lain-lain lagi.

5.AKTIVITI PENTERNAKAN

-Makanan ternakan seperti rumput boleh tumbuh dgn byk.

-Menghalang penyebaran penyakit kerana tenaga suria dapat menjadikan kawasan ternakan

Kering.

PROUDLY PRESENTED BY:

PARTHIBAN KRISNAN.

TIVEYAH RAJENDRAN.

LOGA.

No comments:

Post a Comment